Ramadhan hampir meninggalkan kita dan Syawal akan tiba tak sampai seminggu pun lagi. Dah tak tahu nak masak apa dah nie. Nak kater semua menu dah masak..tak jugak sbb husband ummi nie suka simple simple ajer. Janji ada sambal..tak kisah la sambal apa dan sayur..Anak-anak pulak jenis tak kisah makan. Janji ada ayam goreng..ayam goreng..ayam goreng..hihihi..
Setiap minggu ummi akan restock bahan-bahan mentah.Yelah..masak sahur and berbuka kan. Beli yang ready made bukan sedap sangat pun. Buat rugi jer. Baik buat sendiri. Ikan pekasam dan ikan masin wajib bagi Ummi sbb penambah selera terutamanya waktu sahur.
Malam sebelum 1st Ramadhan tue kami sekeluarga keluar makan. Kononnyer celebrate for 1st Ramadhan.
Jemey mmg suka air laici nie.kalo makan di kedai mesti order laici..Kat rumah pun asyik Laici jer.
Ni Plak puteri kesayangan Umi dan Babah, Nana suka plak borpossing sambil tangan buat peace yo..Nana nie rapat sangat dengan babahnya. Tido dengan babah..Makan dengan Babah..Apa-apa sajer mesti nak Babah. Time tido pun suka maen siku Babah sampai lena. Pelik la anak dara sorang ni.
Kami plak..menunggu..menunggu..menunggu..dah la lapar sbb tahan perut dari tadi..hihihi..Babah baru balik office terus belanja kami gi makan. Terima kasih Babah.
Sementara tunggu makanan sampai kami anak beranak sembang tentang sekolah anak-anak dan isu semasa. Tiap -tiap hari mesti anak-anak buat laporan kat Babahnya tentang apa yang diaorg buat kat sekolah. Kalau tak sempat, mesti call Babah di office. Kadang-kadang tue sanggup simpan cerita tentang hal lelaki kat Ummi dan cerita kat babah bila babah balik office.. Tak patut kan..
![]() |
Nasi Kandar Kari Kambing |
![]() | ||
Nasi Goreng Ayam Untuk Hari yang seterusnya..Ummi keener la masak sendiri. Resepi tak ada la sbb maen capak-campak jer..
Tengok lah..Betapa berseleranya anak-anak Ummi makan hasil air tangan sendiri..hehehehe..(Masuk Bakul Angkat Sendiri la Pulak)...Betullll..tak cayer..air tangan ibu dan isteri lah pengikat kasih sayang keluarga...InsyaAllah..walaupun anak-anak dan suami kita jauh sekali pun..mereka akan ingat dan kenang kita..bak kata orang.." Kalo buat jahat sekali pun..mereka akan kembali pada kita juga"...bukan nasi kangkang..bukan susuk..bukan bomoh..asalkan ikhlas masak untuk suami dan anak kerana Allah..Kelassss kau Jah... |
No comments:
Post a Comment