Okay..pintu masuk ke Melaka adalah dari banyak arah sama ada Tol Alor Gajah, Tol Pedas Linggi atau Tol Ayer Keroh. Ikut lah mana korang nak gi kay..Ummi selalunya masuk ikut Tol Pedas-Linggi. Agak dekat dengan kampong ummi. Kalau korang merancang nak bercuti dan bersantai di tepi pantai, Ummi boley suggestkan kat korang Pantai Tanjung Bidara. Kat situ ada Tanjung Bidara Beach Resort. Harganya pun berpatutan
Tanjung Bidara Beach Resort nie dekat jer dengan tepi pantai. Jalan kaki jer dah sampai pintu masuk pantai.
Pantai nie di jaga dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab. Ini kerana pantai ini sering menjadi tumpuan pelancong tidak kira masa. Kalau korang tak nak dok hotel, korang nak pilih chalet, ummi suggestkan pergi ke Pantai Pengkalan balak. Kat situ banyak chalet yang kecik..yang besar..semua ada..Dan tempat tue tak juga jauh dari Pantai Tanjung Bidara.
Ada Ismah Beach Resort. Boley mandi swimming pool kalau dah bosan mandi laut..
Ada D' Nelayan Beach Resort.
Kat sini sesuai kalau nak bawak anak sebab ada kolam untuk kanak-kanak dan taman permainan kanak-kanak.
Di Pantai Pengkalan Balak ni juga ada pusat penetasan telur penyu yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Negeri Melaka.
Sebenarnya banyak lagi chalet..Dah dapat menginap kat chalet..korang boley la cari tempat makan. Kat Pantai pengkalan balak nie banyak tempat makan. Bak kater orang sepanjang pantai nie sumer ada kedai makan dan kedai cenderahati. Mi suggest kat korang makan di Medan Ikan Bakar Kuala.Tempat nie memang famous di kalangan penduduk dan pelancong dari luar. Ummi pun kalau dengan family selalu jugak ke sini. Makanannya memang sedap.
ataupun boley makan di Medan ikan Bakar Bakar Bukit Supai, Kuala Linggi. Restoran terapung nie dekat dengan Kota Supai yang banyak sejarah tue.
Ha..nie la pintu masuk Medan ikan bakar tue
![]() |
Pemandangan Medan Ikan Bakar dari Bukit Supai..Cantekkan..tapi malam tak pastilah boley naik ker tak sebab masa ummi gi tue waktu siang |