Monday, May 05, 2014

Pewaris kami(PSSGM)

Hai As salam semua..baru minggu lepas di kawasan rumah umi war warkan ada  latihan Silat Seni Gayong Malaysia atau dikenali sbg (PSSGM) di Dewan Serbaguna dekat dengan kolam renang rumah..Terbayang umi masa umi dan babah juga berkenalan di dalam PSSGM ini..wah..wah..wah..syukur sangat-sangat sebab akhirkan PSSGM ni berada di sini dan anak-anak umi dapat mempelajarinya..Kalau uols nak tahu..

SEJARAH PSSGM

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negara pada 22 Oktober 1963 (Rujukan 361) pada mulanya, dan kemudiannya pula didaftarkan kepada Pesuruhjaya Sukan pada 31 Julai 1998 (Rujukan 0149/98). Perubahan ini berlaku apabila kerajaan telah menetapkan dasar melalui Akta Pembangunan Sukan 1997 supaya semua badan yang menjalankan kegiatan sukan hendaklah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan.

Badan Pentadbiran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dibantu oleh dua organisasi dalaman yang ditubuhkan khusus untuk mengukuhkan pengurusan pengembangan dan pembangunan Silat Seni Gayong Malaysia, iaitu Lembaga Adat Istiadat dan Majlis Gurulatih. Penubuhan organisasi ini di peruntukan dalam Perlembagaan Pertubuhan - merujuk kepada perkara 30 dan perkara 31. Badan Pentadbiran Pertubuhan merupakan badan utama bagi menggerakkan hal-hal yang berkaitan dengan merancang, melaksana dan mengawal aktiviti-aktiviti pembangunan dan pengembangan sebagai sebuah Pertubuhan. Badan ini berkait rapat dan berhubung secara langsung dengan urusan memenuhi keperluan dasar-dasar kerajaan yang berkaitan. 

Disamping itu juga ia berperanan sebagai agensi penghubung di antara organisasi luar, samada dari dalam negara mahu pun luar negara, dengan isu-isu yang berkaitan pentadbiran Silat Seni Gayong Malaysia. Lembaga Adat Istiadat pula memberi fokus kepada merancang, melaksana dan mengawal pelaksanaan amalan adat-istiadat silat yang diwarisi. Perkara-perkara yang diberi perhatian termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan penyampaian sandang-sandang kebesaran, adat perlimau tapak dan seni, tatacara pemakaian serta penampilan dan pelaksanan protokol budaya warisan. Majlis Gurulatih seterusnya berperanan dalam urusan merancang, melaksana dan mengawal pembangunan dan pengembangan persilatan dari aspek kurikulum latihan dan kejurulatihan. Ini termasuklah urusan mengumpul dan menyusun pelajaran-pelajaran yang terdapat dari guru-guru kanan yang ditauliah atau diketahui menguasai kemahiran yang diperturunkan oleh Allayarham Dato’ Meor Abdul Rahman.Merujuk kepada dasar yang ditetapkan dalam Akta Pembangunan Sukan yang dinyatakan, badan-badan yang perlu berdaftar kepada Pesuruhjaya Sukan ialah badan daerah, negeri dan kebangsaan. 

Gelanggang-gelanggang yang ditubuhkan di dalam sesebuah daerah hanya perlu mendaftar atau bergabung di bawah pengurusan daerah atau negeri (jika tiada daerah yang mendapat kelulusan pendaftaran) yang telah diluluskan pendaftarananya oleh Pesuruhjaya Sukan.Setiap pendaftaran daerah, atau negeri atau kebangsaan ini adalah secara berasingan. Kewujudan badan-badan ini tidak ada kaitan di antara satu dengan lain dari aspek penubuhannya. Pembatalan mana-mana badan di mana-mana peringkat sekali pun tidak akan membabitkan pembatalan badan-badan lain. Contohnya jika Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia sesuatu Negeri terbatal pendafatarannya, pendaftaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia daerah-daerah di negeri berkenaan tidak terjejas. Begitu juga jika berlaku pembatalan pendaftaran badan di peringkat kebangsaan, badan di peringkat negeri dan daerah boleh meneruskan pentadbiran masing-masing tanpa sebarang sekatan dari mana-mana pihak berkuasa.Setakat ini, kaitan yang jelas di antara daerah, negeri dan kebangsaan ialah penggunaan nama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. 

Borang permohonan anak-anak..pastu tunjukkan gambar babah and umi masa bergiat dalam PSSGM..teruja anak-anak tengok..hihihi..bangga kejap..

Gambar di atas adalah gambar babah masa ujian peningkatan bengkong..




Gambar tepi nie..umi bersama rakan seperjuangan..Nie gambar dulu..tapi sekrang giliran kami meurunkan ilmu persilatan pada anak-anak pula..syukur..

Musim Mangga Harum Manis..

Haluuuu..sekarang nie tengah sibuk tentang musim buah mangga Harum Manis nie..JPB Asia Pacific Sdn Bhd (JPB), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menjalinkan usaha sama bagi membangunkan rumah hijau untuk menghasilkan mangga Harum Manis di Perlis sepanjang tahun. Wah...ini memang hebat kan...

Selain Harum Manis, pelaburan RM21 juta itu juga meliputi tanaman mangga Indian Red, yang rumah hijau menggunakan sistem fertigasi automatik bagi menghasilkan buah berkualiti tinggi, di atas kawasan seluas 20 hektar milik UNIMAP di sekitar Padang Besar.

 Makanan unik

Malaysia mempunyai pelbagai jenis mangga, namun kita nak mencari jenis yang berkualiti tinggi dan kelebihan tersendiri. Mangga Harum Manis ada tekstur dan bau yang sangat sedap dan manis serta rasanya sangat sedap. Mangga ini adalah makanan unik orang Perlis termasuklah anak-anak Perlis..wallah..dan sesuai ditanam di negeri itu berdasarkan kesesuaian tanah dan iklim.
Thanks to my Mother In Law sebab belikan buah nie..mmg terbaek..Luv u mom..Buat sanAlhamdulillah..

Bernasi Arab

As salam..lama juga tak update..wahh..selera kali nie Nasi Arab..mengidam sesangat..nak buat macam tak reti jer..so..request ajer..

Makan dalam talam...weeee..sedap tuh..mengeratkan kekeluargaan..Makan dalam talam ini, bukan sekadar untuk seronok-seronok main rebut-rebut lauk, tetapi ada banyak kelebihan-kelebihannya. Antaranya:

1) SUNNAH RASULULLAH

Rasulullah saw pernah bersabda:

“Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
2) MENGERATKAN UKHUWWAH

Makan secara berjemaah, akan mengurangkan sikap individualistik. Harapan umi agar anak-anak berkasih sayang di atara kamu..Kami rela berkongsi nasi, lauk-pauk. Tengok anak-anak agak-agak dah nak habis lauk, umi cubit lauk umi, bagi sikit pada babah..nana..hakim dan jemi....macam tu jugak babah..

Selain itu, sambil-sambil makan, boleh berbincang tentang urusan harian keluarga.Semoga keluarga sakinah ini dirahmati dari segala perbuatan jahat manusia..jin..dan syaitan..ameen..
Lepas makan..kita solat di Masjid Shah Alam..alhamdulillah..

Sempat lagi berselfie..weee..