Monday, November 04, 2013

Salam Maal Hijrah




As salam semua dan salam Maal Hijrah ummi ucapkan. Dah masuk tahun baru 1435H rupanya. Syukur Alhamdulillah ummi dan family sekali lagi dapat menyambutnya pada tahun nie.

Amalan pada Akhir Tahun dan 1 Muharram. Semoga ini boleh dijadikan panduan. Untuk panduan keluarga ummi juga. Moga diberkati.Ameen..jom kita tengok..

1. Puasa pada hari terakhir Zulhijjah

2. Berpuasa pada hari berikutnya iaitu 1 Muharram

Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.” 


4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.” .
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a) 
5.  Qiamullail:
b)     Membaca Al-Quran.
c)     Berzikir. 
6.  Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.
Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. 
7.  Doa Awal Muharam.
Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa berikut:
 a.  Doa Pertama:
Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca‘Doa Awal Muharam’ ini sebanyak 3X pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”
b.  Doa Kedua:
“Ya Allah, Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini aku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Aaku memohon pertolonganMu, peliharakan aku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. aku memohon akan perkara yang menghampirkan aku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia.”
Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”.
Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya dengan keikhlasan amalan yang dilakukan seperti di atas.Ameen.



Friday, November 01, 2013

Happy Holiday..

As salam..yeaay..dapat juga luangkan masa nak update blog walaupun sejak akhir-akhir nie agak sibuk dengan study..hubby (of course..) and kiddos (acara wajib)..27hb hari tue mi and luvly family celebrate 2nd years old our lil pwincess..Nana. Haha..masa tue baek punyer..Sabtu and Ahad.Kebetulan opis babah ada buat family day..so..we all tak lepaskan peluang happy together..Ke mana..tue yang kat atas tue..

Thanks babah coz of superb penginapan..(di belakang tue)..weee..Pagi tue sempat posing dulu sebelum enter theme park..
Ngee..masa nie menunggu babah ambil sarapan..hwaa..lapar darl..cepat..perut tengah keroncong..

Jemey plak sibuk sangat mak mandi..korang tengok la kat mana dia mandi..betul-betul depan stage..sib baek bukan anak mi sorang jer mandi..risau gak..sbb banyak wayar berselirat..tue kakak baju biru tue pun dok risau anak dia..

So suweeet..tengok dua beranak nie..Nana and babah memang rapat sangat. Tak boleh berenggang..anak kesayangan babah nie..kadang-kadang jeleezz mak..makan babah..susu babah..gula gula babah..kalo berak..mesti ummi..hwaaaa..

Dah penat..jom balik hotel..tido..


Saturday, August 17, 2013

Hari Raya

Salam Aidilfitri semua Ummi ucapkan kepada pembaca blog ini tak kira siapa. Yang muda... yang tua tapi mengaku muda pun boley..yang kecil..yang besar..tak kiralah siapa..dikesempatan ini ummi dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin. Anugerah syawal dan berkat doa orang yang dizalimi..maka hidup kami bertambah bahagia dan ceria..syukur Alhamdulillah..Buat pembaca semua..Selamat Hari Raya Sekali Lagi..


Monday, August 05, 2013

Dadih Jagung

  Hari nie ummi and anak anak takda mood nak ke baazar sebab malas nak keluar. So..buat jer la apa-apa yang boley di makan. Tapi itu bukan perkara penting..yang penting di sini ialah anak-anak nak makan  dadih perisa jagung. Tue alasan diaorang nak keluar gi baazar. Ummi kata pada anak-anak biar ummi buat sendiri..yeah..memang betul..lebih baek buat sendiri sebab dapat buat banyak.Nak tahu caranya? senang jerk..

Bahan-bahan :-
Air 3L
Serbuk Dadih (perisa jagung ler..) per requested
Gula 3 sudu besar
Susu cair 1 tin (made in Kedai 1 Malaysia)..peace yo..

Cara buat (sonang jer...):-
1. Didihkan air dan masukkan gula dan susu cair
2. Bila gula dah agak larut, tutup api
3. Masukkan serbuk dadih secara perlahan-lahan dan kacau lagi... (senang jer kan...)


4.Kemudian, siapkan bekas dadih dan susun dalam dulang. Bekas nie ummi dapat masa beli dadih..so kalau korang beli dadih kat bazaar tue..jangan ler buang..simpan..kalau tak nak buat tahun nie sbb dah tak sempat dah (sok lusa nak rayer)..kita bawak ke tahun depan.
 
Bila dah siap kan bekas..tuangkan ajer dalam bekas.Tak sampai 10 minit dadih dah siap.
Tadaaaa..
 
Bila dah siap..sejukkan dalam peti ais yer..Yang atas tue ummi buat perisa Anggur..

Sunday, August 04, 2013

Bercuti Di Melaka

  Salam semua..berjumpa lagi dengan new entry. Kali ni ummi nakbagi tips kat kawan-kawan yang nak bercuti di Melaka. Raya pun dah nak dekat..dan Ummi yakin pasti korang mesti dah plan nak gi balik kampung dan bercuti..Jom bercuti di Melaka. Ummi org Melaka..so ummi boley guide korang kalau korang dah sampai di Melaka kay..
Okay..pintu masuk ke Melaka adalah dari banyak arah sama ada  Tol Alor Gajah, Tol Pedas Linggi atau Tol Ayer Keroh. Ikut lah mana korang nak gi kay..Ummi selalunya masuk ikut Tol Pedas-Linggi. Agak dekat dengan kampong ummi. Kalau korang merancang nak bercuti dan bersantai di tepi pantai, Ummi boley suggestkan kat korang Pantai Tanjung Bidara. Kat situ ada Tanjung Bidara Beach Resort. Harganya pun berpatutan

Tanjung Bidara Beach Resort nie dekat jer dengan tepi pantai. Jalan kaki jer dah sampai pintu masuk pantai.
 

Pantai nie di jaga dengan baik oleh pihak yang bertanggungjawab. Ini kerana pantai ini sering menjadi tumpuan pelancong tidak kira masa. Kalau korang tak nak dok hotel, korang nak pilih chalet, ummi suggestkan pergi ke Pantai Pengkalan balak. Kat situ banyak chalet yang kecik..yang besar..semua ada..Dan tempat tue tak juga jauh dari Pantai Tanjung Bidara.

Ada Ismah Beach Resort. Boley mandi swimming pool kalau dah bosan mandi laut..

Ada D' Nelayan Beach Resort.

Kat sini sesuai kalau nak bawak anak sebab ada kolam untuk kanak-kanak dan taman permainan kanak-kanak.

Di Pantai Pengkalan Balak ni juga ada pusat penetasan telur penyu yang dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Negeri Melaka.
 
Sebenarnya banyak lagi chalet..Dah dapat menginap kat chalet..korang boley la cari tempat makan. Kat Pantai pengkalan balak nie banyak tempat makan. Bak kater orang sepanjang pantai nie sumer ada kedai makan dan kedai cenderahati. Mi suggest kat korang makan di Medan Ikan Bakar Kuala.Tempat nie memang famous di kalangan penduduk dan pelancong dari luar. Ummi pun kalau dengan family selalu jugak ke sini. Makanannya memang sedap.
 
 
ataupun boley makan di Medan ikan Bakar Bakar Bukit Supai, Kuala Linggi. Restoran terapung nie dekat dengan Kota Supai yang banyak sejarah tue.
Ha..nie la pintu masuk Medan ikan bakar tue
Pemandangan Medan Ikan Bakar dari Bukit Supai..Cantekkan..tapi malam tak pastilah boley naik ker tak sebab masa ummi gi tue waktu siang
 

      
Nie dekat atas Bukit Supai. Namanya Kota Supai

 

Thursday, August 01, 2013

Jom Berbuka Nasi Beriani

Babah nak belanja Nasi Beriani? Wah..Rejeki..Rejeki..Hihihi...Sebelum berbuka kami gi Shopping dulu. Apalagi kalau bukan keperluan hari raya..

 Nana paling seronok kalau duduk depan..
 Sekejap ke depan..sekejap ke balakang..Si comel Nana nie..tengok tue..anak anak bujang biasalah kepenatan sebab puasa..tido la dulu sementara nak sampai..

 Hahahaha..Nana..Nana..terhibur sepanjang perjalanan yang sesak dengan kereta..Babah pun tak mengantuk sebab melayan keletah Nana nie..
 Yeeeeahhh..tue dia Nasi Beriani Kambing Kegemaran Babah dan Ummi....Kedai Makan ni mi tak ingat nama apa..Lupa nak tengok  dan nak amik gambar signboard sbb tengah lapar kan..Restoran nie area PJ.


Nie pulak favourite Jemey and Hakim..wah..wah..wah..jemput makan semua...

Menu bulan Ramadhan

Salam semua..
  Ramadhan hampir meninggalkan kita dan Syawal akan tiba tak sampai seminggu pun lagi. Dah tak tahu nak masak apa dah nie. Nak kater semua menu dah masak..tak jugak sbb husband ummi nie suka simple simple ajer. Janji ada sambal..tak kisah la sambal apa dan sayur..Anak-anak pulak jenis tak kisah makan. Janji ada ayam goreng..ayam goreng..ayam goreng..hihihi..

Setiap minggu ummi akan restock bahan-bahan mentah.Yelah..masak sahur and berbuka kan. Beli yang ready made bukan sedap sangat pun. Buat rugi jer. Baik buat sendiri. Ikan pekasam dan ikan masin wajib bagi Ummi sbb penambah selera terutamanya waktu sahur.


Malam sebelum 1st Ramadhan tue kami sekeluarga keluar makan. Kononnyer celebrate for 1st Ramadhan.

 
Jemey mmg suka air laici nie.kalo makan di kedai mesti order laici..Kat rumah pun asyik Laici jer.

Ni Plak puteri kesayangan Umi dan Babah, Nana suka plak borpossing sambil tangan buat peace yo..Nana nie rapat sangat dengan babahnya. Tido dengan babah..Makan dengan Babah..Apa-apa sajer mesti nak Babah. Time tido pun suka maen siku Babah sampai lena. Pelik la anak dara sorang ni.


Kami plak..menunggu..menunggu..menunggu..dah la lapar sbb tahan perut dari tadi..hihihi..Babah baru balik office terus belanja kami gi makan. Terima kasih Babah.


Sementara tunggu makanan sampai kami anak beranak sembang tentang sekolah anak-anak dan isu semasa. Tiap -tiap hari mesti anak-anak buat laporan kat Babahnya tentang apa yang diaorg buat kat sekolah. Kalau tak sempat, mesti call Babah di office. Kadang-kadang tue sanggup simpan cerita tentang hal lelaki kat Ummi dan cerita kat babah bila babah balik office.. Tak patut kan..

Nasi Kandar Kari Kambing
 
Nasi Goreng Ayam
 
 
 
Untuk Hari yang seterusnya..Ummi keener la masak sendiri. Resepi tak ada la sbb maen capak-campak jer..


Ikan goreng..Sayur masak stim..Cucur Udang Ombak Rindu..

 
 
 
Paprik Udang..Ayam Masak Merah..Telur Dadar Kasih Sayang..

Tengok lah..Betapa berseleranya anak-anak Ummi makan hasil air tangan sendiri..hehehehe..(Masuk Bakul Angkat Sendiri la Pulak)...Betullll..tak cayer..air tangan ibu dan isteri lah pengikat kasih sayang keluarga...InsyaAllah..walaupun anak-anak dan suami kita jauh sekali pun..mereka akan ingat dan kenang kita..bak kata orang.." Kalo buat jahat sekali pun..mereka akan kembali pada kita juga"...bukan nasi kangkang..bukan susuk..bukan bomoh..asalkan ikhlas masak untuk suami dan anak  kerana Allah..Kelassss kau Jah...