Monday, November 04, 2013

Salam Maal Hijrah




As salam semua dan salam Maal Hijrah ummi ucapkan. Dah masuk tahun baru 1435H rupanya. Syukur Alhamdulillah ummi dan family sekali lagi dapat menyambutnya pada tahun nie.

Amalan pada Akhir Tahun dan 1 Muharram. Semoga ini boleh dijadikan panduan. Untuk panduan keluarga ummi juga. Moga diberkati.Ameen..jom kita tengok..

1. Puasa pada hari terakhir Zulhijjah

2. Berpuasa pada hari berikutnya iaitu 1 Muharram

Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a.)
3.  Membaca Doa Akhir Tahun sebelum waktu Maghrib.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Sia-sialah kami sepanjang tahun ini kerana dia telah memusnahkan usaha kami, hanya dengan masa yang sebentar sahaja.” 


4.  Membaca Doa Awal Tahun selepas solat Maghrib atau pada malamnya.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: “Telah aman anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan.” .
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”  (Hadis riwayat Ibni Abbas r.a) 
5.  Qiamullail:
b)     Membaca Al-Quran.
c)     Berzikir. 
6.  Selepas solat fardu Subuh pada 1 Muharram, bacalah gabungan‘Bismillahirrahmaa-nirrahim’ dan ‘Ayat Kursi’ sebanyak 360 kali.
Sesiapa yang mengamalkannya, InsyaAllah akan diberikan keselamatan dan terpelihara dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. 
7.  Doa Awal Muharam.
Membaca doa awal tahun yang bersesuaian sebanyak 3 kali. Contohnya seperti doa berikut:
 a.  Doa Pertama:
Al-Allamah Sayyid Ahmad ibn Zaini Dahlan al-Hasani, menyatakan; “Hendaklah dibaca‘Doa Awal Muharam’ ini sebanyak 3X pada setiap hari selama 10 hari pertama bulan Muharram, agar terpelihara daripada syaitan sepanjang tahun itu.”
b.  Doa Kedua:
“Ya Allah, Dikaulah selamanya didahulukan, pada tahun baru ini aku bermohon kepadaMu semoga terpelihara daripada syaitan dan pengaruhnya. Aaku memohon pertolonganMu, peliharakan aku daripada nafsu amarah dan jahat, dan perkara yang membimbangkanku. aku memohon akan perkara yang menghampirkan aku denganMu, wahai Tuhan yang Maha Mulia.”
Jelas Ibni Abbas lagi; “Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua malikat memeliharanya pada tahun itu.”.
Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya dengan keikhlasan amalan yang dilakukan seperti di atas.Ameen.



Friday, November 01, 2013

Happy Holiday..

As salam..yeaay..dapat juga luangkan masa nak update blog walaupun sejak akhir-akhir nie agak sibuk dengan study..hubby (of course..) and kiddos (acara wajib)..27hb hari tue mi and luvly family celebrate 2nd years old our lil pwincess..Nana. Haha..masa tue baek punyer..Sabtu and Ahad.Kebetulan opis babah ada buat family day..so..we all tak lepaskan peluang happy together..Ke mana..tue yang kat atas tue..

Thanks babah coz of superb penginapan..(di belakang tue)..weee..Pagi tue sempat posing dulu sebelum enter theme park..
Ngee..masa nie menunggu babah ambil sarapan..hwaa..lapar darl..cepat..perut tengah keroncong..

Jemey plak sibuk sangat mak mandi..korang tengok la kat mana dia mandi..betul-betul depan stage..sib baek bukan anak mi sorang jer mandi..risau gak..sbb banyak wayar berselirat..tue kakak baju biru tue pun dok risau anak dia..

So suweeet..tengok dua beranak nie..Nana and babah memang rapat sangat. Tak boleh berenggang..anak kesayangan babah nie..kadang-kadang jeleezz mak..makan babah..susu babah..gula gula babah..kalo berak..mesti ummi..hwaaaa..

Dah penat..jom balik hotel..tido..