Saturday, August 16, 2008

DAH SIHAT..

Akhirnya anak-anak Ummi sihat balik....Alhamdulillah..Berkat doa Ummi..dan makan ubat selalu..barulah badan sihat..Time ni tak la fully recover..bole lah..setakat nak gelak2...dan gurau-gurau..selera makan pun dah naik balik.


Abang Long Hakim plak dah ada mood nak baca buku..


Hahah..ni la bukti Hakim dah boleh habiskan susu sebotol..kalau tak..tak boleh nak habiskan sbb sakit tekak..sian..kan..

Sambil minum susu..Sama2 tengok tv..mood ok la tuh..


BERJAYA..!!!!!






















HEROKU DEMAM..DUGAAN..

11/8/08..Kedua heroku demam panas..aduh..dugaan..nasib baik aku cuti lepas kejer malam..kalau tak..dua-dua meragam.sorang tak mau makan..sorang tersumbat hidung. Babah plak tak ada.Ummi survive sorang jaga anak.Takpe. Nasib baik aku ni misi.Boleh gak handle benda2 kecik nih. Nak makan punyerlah siksa..nasib baik diorang nih tak susah nak makan ubat..lepas makan ubat..dua2 ketiduran..sorry sayang..ummi terpaksa bagi makan PCM and Actifed.

Ni abang long Hakim..





Ni gambar adik Ami..golek punyer golek..tertido kat tepi bakul mainan.Remote kat tgn tu adik bawak lari..patut la aku cari tak jumpa. Bawak sampai ke tido..uh..uh..uh..


SEMOGA CEPAT SEMBUH SAYANG..

Saturday, August 09, 2008

BASUH KAKI..

Nak jadi seorang pendidik untuk anak2 bukanlah mudah seperti yg di sangka.Setiap apa yg kita buat dan kata mesti akan diikut oleh anak2 terutamanya kanak2 yang baru nak berkembang mindanya. Anak2 zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman aku dulu. Beruntungnya..anak2 zaman sekarang nih..

Ni aku nak cerita pasal bermulanya kisah Hakim nak basuh kaki sebelum tidur...Satu malam dia bangun dari tido dan kejut aku.Dengan keadaan terkejut dan menangis,dia kata kat aku..

"Ummi..bangun..tadi kan Akim mimpi.."

Dengan muka pisat dan benyek aku bangun nak peluk Hakim.

"Akim mimpi apa sayang..dah pukul berapa nih.."sambil peluk dia..aku usap rambut dia.

"Akim mimpi antu rambut panjang kejar Akim..pastu dia gigit kaki Akim..ni..ni..kat sini.."

Cuak gak aku dengar Hakim kata gitu.Adakah dia betul2 nampak atau hanya bermimpi..kadang2 budak kecik nih tak penah cakap bohong..Aku bukak lampu dan pandang muka Hakim..

"ha..tu la..lain kali sebelum tido kenalah basuh kaki dulu..tengok..kalau kita tak basuh kaki..nanti mesti mimpi hantu."

Dengan muka takut Hakim ajak aku gi tandas dan basuh kaki. Dan sejak peristiwa tu Hakim tak pernah lupa basuh kaki sebelum tido.Sampaikan sebelum kami masuk tido, dia yg tanya kami.."Ummi dan babah dah basuh kaki ke lum.."lepas basuh kaki baru baca doa tido.Mula2 Hakim..pastu babah..and lastly..Ummi punyer turn plak baca doa tido..

Friday, August 08, 2008

KAKI OH KAKI

Hari ni aku puasa.hah..puasa ganti sempena aku tak posa tahun lepas sbb berpantang.bukan sikit ari tapi sebulan.heheh..takper..kuatkan semangat yer Pn Eyzan..heheh.

Tapi walaupun posa .. tugas aku sbg ummi tak bley stop.Masak tetap kena masak.Lepas mandi tadi, Hakim dok telek kaki dia. Apa agaknyer soklan yang nak di tanya jap gi.Aku pun cepat2 bersiap.Ingatkan dia tak tanya tapi sempat jugak..
"Ummi..naper kaki Hakim tak panjang macam ummi..?"


Aku pun jawablah dengan muka selambanyer..

"kalau nak kaki Hakim panjang..Hakim kenalah makan sayur, ikan,daging..ayam etc..". Aku cakap gitu sebab dia memang memilih makan..susah nak bagi dia makan.

Dia pandang muka aku tanda setuju.. berkerut..

Lepas masak..masa untuk makan.Macam biasalah Hakim kena makan sendiri.Dia siap order aku sup sayur.

"Ummi..Hakim nak sayur lebih..."

Aku senyum tengok dia makan..habis sayur dimakannyer..carrot, sawi,tauhu and ayam..

pastu dia letak mangkuk ke tepi...tengok lagi kaki dia.

"Alaa... Ummi..naper kaki Hakim tak panjang macam ummi nih....kan Hakim dah makan sayur.."

Hahahaaa...rupernyer dia nak makan sayur sebab nak kaki panjang rupernyer..klakar la..

"Kalau nak cepat panjang..makanlah banyak-banyak.."

"ok Ummi..lepas ni akim nak makan sayur banyak..nanti babah balik..akim nak tunjuk kaki akim kat babah.."Sambil mengukur kaki and nak aim kaki panjang sblm babah balik..huhu..oklah sayang..

hmmm..yeess..berjaya akhirnya aku suruh Hakim makan sayur...Alahai..anakku
sayang..

Wednesday, August 06, 2008

REZEKI...RM100 SEBULAN

Tadi maser kat tempat kijer,pk gi amik pekeliling kat jabatan.Bila balik..aper lagi, aku yg jadi TL yg kener baca dulu aper-aper benda yang penting. Yer lah nak tau kot-kot ada CNE ker..aper kew,,tapi tiba-tiba terselak lak satu pekeliling..hihi..kertas waner pink..

ooo..kertas tu kata saper yg ader post basic,deg atau PHD layak dapat bayaran insentif RM100 sebulan bermula bulan semilan nih..heheh..sukernyer aku..walaupun tak la banyak mane sangat tapi berbaloi la dengan aper yg aku buat selama nih..heheh..rezeki..rezeki..tu org kata rezeki anak2..yer la..tolak yang ni..datang plak yang itu..erm..alhamdulillah..

Tapi yang tak syioknyer..walaupun ader ketiga-tiga sijil sekalipun..tetap bayaran yang samer..RM100 sebulan..huhu..klakar plak..