Thursday, December 04, 2008

MAJLIS PERPISAHAN

28 hb November adalah ari last ummi kat burn unit..huhu..sedey nyer..Ari ni gak ada jamuan kecik2 utk meraikan doktor dan pemergian ummi. Ummi wat pulut kuning..okey gak tapi kari tak berapa jadi plak. Kwn2 yg mkn kata okey jerk..ok lah tue..heheh..

Buat kwn2 kat burn..good bye everybody..ummi takkan lupa kat korang sumer..korang mmg best..Buat adik2..good luck..jgn takut bagi pendapat okey..Buat senior2..jom kita pertingkatkn kerjaya kita..takkan selamanyer kita nk jadi misi kan..Misi skrg dah terlalu byk peluang sampai ke PHD..harap kita dpt jumper lagi..

Bwah ni...antara gmbr2 kenangan maser ummi kat burn..lepas ni kalau ummi ader maser..ummi akan dtg jenguk okey..


























Tuesday, November 25, 2008

Friday, November 21, 2008

TEMUDUGA BERJAYA...

Hohoho..akhirnya berjaya juga ummi berbakti pada sekolah ummi dulu. Temuduga sbg Clinical Instructor ari tue dah dpt. Alhamdulillah..tadi baru dapat surat dr Kak Leha (Divisyen). Macam tak percaya jerk.Inilah rezeki ummi dan keluarga. Ummi kena lapor diri pd 1 Disember 2008. Thanks pd Puan Hamidah (ketua Jabatan).

Sedihnya nk tingglkan kwn2 kat burn. Dh 8 thn kejer di burn..susah senang bersama..tapi tak bererti ummi lupakan kengkawan kan..dlm hukm gak..jgn risau yer kengkawan..dikau takkan kulupakan.

Wednesday, November 19, 2008

dah tgk rumah..

Sebelum babah gi Egypt..ummi n babah dah gi tgk rumah baru. Byk yang tak elok pada pandangan kami..babah pulangkan balik kunci pada kontarktor..suh diaorg touch up balik apa yang tak beres...nxt week..kena wat inspect lagi..harap2 end of this year..dah boleh masuk rumah baru..insyaAllah..

Nw i'm quit bz 4 searhing a new design 4 our nw home sweet home.....great color..touching view..n sedap mata memandang..cayok..cayok...interior design nak wat camner eh..dh tgk kat laman web eric tp i'm still blur la..tak tau nk wat konsep per..huhu..

Monday, November 03, 2008

kunci rumah..

Tadi Ina datang rumah tunjukkan surat dari perumahan..Apa?dia dah dapat CF..ni takleh jadi ni..ummi lom lagi...dah tiga kali gi tengok post box..sian..takder paper..kosong..aduih...sedey..esok nak tengok lagi..tak sabar nak masuk rumah baru ni..

Kak Jijah pun tepon tadi tanya..ummi dah dapat surat dari perumahan ke lom..dia dah dapat..pelik..pelik..esok..ummi akan pastikan post box tu berisi..kalau tak..ummi gi geledah post opis satu cheras ni....heheh......tak sabar dah ni..

Interview..oh interview..

Hari ni ummi ada interview CI(Clinical Instructor). Masa kul 12N..erm..tapi jabatan pengurusan fon ummi suh ummi datang awal kul 10.30am..nasib baik ummi dah bersiap..dah hantar anak2..ummi pun apa lagi..langkah beribu la..dari rumah..nasib baik dekat jerk..berpeluh jugak la ketiak ni..heheh..sampai kat Blok pendidikan..ting 1...jumpa plak kawan2 lama..nasib baik..dan sangat la bernasib baik kerana interview bertiga-tiga...fuh..selamat...tak la takut sangat..

Ummi enter ngan Miza(CCU) dan sorang lagi tak tau nama la...ruper ummi ingat la...tak tau la..dapat ker tak..kalau rezeki ummi tuhan dah tentukan dalam bidang CI..Alhamdulillah..kalau tak..cuba lagi tahun depan..yer..

result..tau tau bila..coming soon bagitau lagi..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Hari raya datang lagi.Tapi tahun ni adalah tahun yang tak berapa meriah bagi ummi kerana tahun ni ummi tak dapat beraya lama dengan keluarga. Ummi terpaksa bekerja di malam raya..tapi nasib baik la..rumah ummi kat Kl tak jauh dari kg Melaka..jadi lepas kejer..dapat la ummi cabut balik kg tapi lepas tu kene la balik semula ke Kl sbb kejer..tapi takper..janji dapat jumpa keluarga tersayang di pagi raya.
Apalagi bila dah beraya..mesti la nak amik gambar..memang jadi amalan jika satu keluarga berkumpul di Hari raya...org lain pun samer kan..tapi kali ni memang mencabar sbb masing2 ader bala tentera yang kenit2 ni..tau tau ajer la..kalau si kenit2 ni nak ambil gambar....tgk la kat bawah ni..sebelum possing..sempat lagi bersembng2..yang kenit...maintain..tunggu lama sangat..


Ni tak ready lagi...kamera tengah standby..


dah borring..kamera lambat sangat...

duduk diam anak2...susah betul nak suruh anak2 buah ummi ni diam...ada jerk aksi2 kelakar..tak reti dok diam..haha..bukan kata budak2 ni..yang tua pun samer..




Akhirnya..dapat juga ambil gambar keluarga besarku...maser hanya diberi 10 saat untuk membekukan diri..takder sorang pun dibenarkan bergerak...tahun depan...apakah nasibnya sama seperti tahun ni?kita tunggu dan lihat...



Hakim dan Faris mengadap rendang yang nenek buat..makan dengan lemang..bila malam..aduih..anak ummi semput....Hakim tak boleh makan pulut rupernyer....kesian..





Ami dan babah...



inilah hero-hero kesayangan ummi...ummi love u all...mmmmuuahhs..







tiga bersaudara...Hakim..farhan..faris..

Tuesday, September 16, 2008

PROSES PEMULIHAN....

16 September genap seminggu Ami kena Measles. Condition dah ok.Dmm pun dah tak ada.Sekarang Ami dlm proses pemullihan..bak kata orang..dlm pantang lagi la.. Ami dah mula aktif . Selera makan bertambah sikit2..Susu pun dah boleh habiskan.Tapi kekadang muntah sbb Ami batuk..kering tekak..

So, ari nih boleh la Ummi kemas rumah sket.Raya pun nak dekat. Sementara ummi cuti panjang nih..boleh la ummi buat serba sedikit persediaan menjelang raya..yer la bila dah start kejer nanti..susah la sikit.Lagi pun Ummi tak beraya tahun ni sbb terpaksa bekerja...

Ami pun nak tolong..tolong vakum rumah..haha..Mula2 Ami gambar dengan vakum..


Tempat yang dituju adalah kat bawah meja komputer..


Syioknya vakum..padahal vakum tak on pun..


Vakum punya vakum..bila tarik keluar..tengok2..muncung vakum tu tak ada..aiyok..cuba perhatikan..kat mana sangkutnyer.. tersangkut kat kaki komputer tue..nampak tak?



Sampai kesudah la muncung vakum tu kat situ..bila dah tak ada muncung..Ami pi la buat benda lain plak..haha..kelaka la adik nih..



Friday, September 12, 2008

PETUA KALAU ANAK KENA DEMAM CAMPAK

Sejak anak ummi kena Measles, Ummi cari banyak info kat internet. Yelah..walaupun Ummi keje dlm bidang medikal, tp bila jd kat anak sendiri..haru gak..huhu..ni sebahagian artikel yang ummi dapat cari dari sumber-sumber yang boleh dipercayai dan kongsi bersama...
  • Kita tidak mungkin dijangkiti oleh seseorang yang mendapat demam campak, tetapi kita boleh dijangkiti melalui seseorang yang 'shingles'.
  • Minum segelas air kelapa hijau (mawar) yang dicampur dengan secamca besar madu dan dibacakan selawat tiga kali.
  • Apabila bintik-bintik merah MEASLES habis keluar, sapukan pupur yang dibuat daripada beras direndam semalaman, ditumbuk atau dikisar halus bersama-sama daun cermai dan kunyit basah.
  • Sapukan rata-rata di seluruh badan dan biarkan kering. Sapukan sekurang-kurangnya tiga kali.
  • Cari daun mambu (tanya org india mintak daun dia) buat lapik tidoq dan buat mandi dgn cara ramaskan daun tu dlm baldi bagi mandi....


CACAR/MEASLES

  • Cacar air ialah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit. Ia disebabkan oleh kuman virus (Vlaricellazoster).
  • Hampir semua kanak-kanak akan mendapat penyakit ini.
  • Dalam masyarakat Melayu penyakit ini umumnya dikenali sebagai demam campak.
  • Gejalanya akan timbul dalam masa 7-21 hari selepas seseorang itu terdedah kepada kuman penyakit ini.
  • Pada lazimnya cacar air tidak menimbulkan sebarang gejala sehinggalah munculnya bintik-bintik ruam atau campak.
  • Sesetengah kanak-kanak akan terasa letih, demam, batuk, selsema dan mengadu sakit perut sehari atau dua hari sebelum ruam yang merah dan rata ini muncul.
  • Biasanya ruam bermula di kulit kepala, muka dan belakang . Tetapi ia juga boleh merebak ke mana-mana permukaan badan.
  • Ia jarang dilihat di tapak tangan atau tapak kaki.
  • Ruam yang timbul adalah lebih kecil dari saiz biji jagung. Ia kadang-kala kelihatan berkerak dan boleh juga timbul di dalam mulut, di atas kelopak mata dan di bahagian kemaluan.
  • Dalam masa beberapa jam sahaja, bintik-bintik merah ini akan bertukar menjadi lepuh yang kelihatan jernih dan sangat gatal.
  • Lepuh ini menyebabkan mangsanya rasa teramat gatal. Apabila anak anda menggaru, lepuh ini akan pecah dan mengeluarkan cecair.
  • Ia kemudiannya akan kering dan menjadi keruping yang keras. Dalam tempoh kira-kira 2 minggu keruping-keruping ini akan tertanggal.
  • Memandangkan ruam-ruam ini terus keluar untuk selama 2 - 6 hari, bintik-bintik merah yang baru sering kelihatan muncul di samping keruping lama.
  • Sesetengah kanak-kanak hanya timbul beberapa bintik ruam sahaja di badannya, manakala yang lainnya adalah lebih menyeluruh.
  • Lazimnya, komplikasi jarang berlaku. Walau bagaimanapun, cacar air kadangkala boleh menyebabkan penyakit Ensefalitis (lkeradangan otak), Meningitis atau Pneumonia (keradangan paru-paru).
  • Kanak-kanak yang menghidapi kanser atau mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu yang boleh mempengaruhi sistem daya tahan melawan penyakit (sistem imun) merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi tertentu akibat cacar air ini.
  • Tetapi, masalah yang paling besar yang dihadapi oleh ibu bapa apabila anak mereka mendapat cacar air ini ialah jangkitan kuman pada lepuh-lepuh tersebut.
  • Kebanyakan kanak-kanak akan pulih dalam masa kurang dari 2 minggu.
    Rawatan
  • Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor boleh mengurangkan masa jangkitan dan tahap keterukan cacar air.
  • Bagi kes-kes cacar air biasa, rawatan ubat-ubatan tidak digalakkan. Perlu diingat bahawa ubat-ubatan ini hanya berkesan jika ia mula digunakan dalam masa 24 jam selepas jangkitan bermula. Ia tidak mengganggu keupayaan kanak-kanak tersebut membina sistem daya tahan melawan penyakit ini. Untuk keterangan lanjut mengenai perkara ini, berjumpalah doktor anda.
  • Lazimnya, jika seseorang kanak-kanak itu diserang cacar air pada kali pertamanya ia akan mendapat imuniti atau daya tahan melawan penyakit ini sepanjang hayatnya.
  • Kanak-kanak jarang sekali mendapat serangan kali yang kedua. Jika ia berlakupun, ia hanya merupakan serangan yang ringan.
    Pencegahan
  • Sejenis vaksin telahpun dijumpai untuk mencegah penyakit cacar air yang dipanggil Vaksin Virus Varicella Zoster . Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 12 bulan ke atas, remaja dan orang dewasa yang belum lagi mendapat penyakit ini.
  • Adalah penting untuk memberi imunisasi ini kepada remaja dan orang dewasa yang belum mendapat penyakit cacar air, kerana jika jangkitan ini berlaku di kalangan golongan tersebut keadaannya adalah lebih teruk.
  • Dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau anggota kesihatan mengenai perkara ini.
  • Wanita hamil yang tidak pernah mendapat cacar air dan belum penah mendapat imunisasi perlu menjauhkan diri mereka dari jangkitan ini kerana ia boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan.

PENJAGAAN

  • Matlamat utama penjagaan adalah untuk memberi keselesaan pada anak anda dan mengurangkan rasa gatal yang dialami.
  • Jika tidak, anak itu akan menggaru keruping tersebut dan mendedahkannya kepada jangkitan cacar air seterusnya (sekunder) serta meninggalkan parut yang dalam.
  • Galakkan anak anda supaya tidak menggaru keruping tersebut. Biarkan ia sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain.
  • Mandikan anak anda dengan air sejuk tanpa menggunakan sabun setiap 3-4 jam sekali untuk 2-3 hari pertama jangkitan (15-20 minit setiap mandian).
  • Lapkan hingga kering dan jangan menggosoknya
  • Rendam kain ke dalam air sejuk dan tuam di bahagian yang gatal.
  • Sapu losyen Calamine untuk melegakan gatal-gatal buat sementara.
  • Potong kuku anak anda untuk mengelakkan jangkitan disebabkan lepuh yang pecah.
  • Menggaru ruam berkeruping itu akan meninggalkan parut yang kekal.
  • Sarungkan tangan bayi anda dengan stokin kain kapas jika ia didapati menggaru kudis-kudis tersebut.
  • Basuh tangannya 3 kali sehari dengan sabun anti bakteria untuk mengelakkan jangkitan pada lepuh yang pecah.
  • Tenteramkan anak anda dan pastikan ia tidak terasa panas. Kepanasan dan berpeluh akan menyebabkan kegatalan bertambah teruk.
  • Jauhinya dari cahaya matahari kerana lebih banyak ruam cacar akan timbul pada kulit yang terdedah kepada matahari.
  • Berjumpa doktor dan pegawai farmasi jika kegatalan bertambah teruk dan mengganggu tidurnya.
  • Berikan anak anda parasetamol untuk melegakan demam. [Catatan: JANGAN beri aspirin atau apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan Salisilat kepada mereka yang berumur 19 tahun ke bawah, melainkan atas nasihat doktor. Ini kerana ia dikaitkan dengan Sindrom Reye (satu keadaan yang sangat merbahaya).
  • Berikan makanan yang lembut dan cecair sejuk jika terdapatnya kudis di dalam mulut
  • JANGAN beri makanan bergaram atau buah oren kerana ini akan merengsa dan mengganggu kudis-kudis itu.
  • Berikannya air garam suam untuk berkumur (1/4 sudu teh garam kepada 4 aun air) bagi melegakan gatal-gatal di dalam mulut.
  • Tenteramkan anak anda bahawa ruam-ruam itu tidak serius dan pasti akan hilang dalam masa seminggu-dua.

BERJUMPALAH DENGAN DOKTOR JIKA...

  1. Anak anda dijangkiti cacar air
  2. Mengalami sakit kepala, muntah-muntah, sensitif kepada cahaya yang terang, sering mengantuk atau menjadi keliru. Ini mungkin merupakan tanda-tanda keradangan pada otak (Ensefalitis).
  3. Mengalami masalah pernafasan dan mula batuk. Ini mungkin menunjukkan jangkitan pada paru-paru.
  4. Kulit menjadi sakit, hangat dan merah atau ruam cacar pecah dan berair. Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan kulit yang serius.
  5. Demam melebihi 38.890C yang berakhir lebih dari 2 hari.
  6. Gatal-gatal yang teruk dan tidak hilang setelah diberi rawatan di rumah.
  7. Terdapatnya ruam cacar di dalam mata.
  8. Ruam masih wujud selepas 2 minggu. Ini mungkin bukan cacar air tetapi boleh jadi masalah kulit yang lain.
    .

Thursday, September 11, 2008

DEMAM BALIK..MEASLES..

11 hb September. hari ni hari ke-3 Ami kena Measles.Tengok ajer lah..muka dia.Kesian..memang kesian.Nasib baik cuti yang Ummi minta diluluskan.Jadi bermulalah tugas Ummi sebagai misi kepasa anak ummi sorang ni..misi peribadi..haha..

Ubat banyak tapi takpe..untuk kepentingan Ami jugak.,.lagipun..ummi kan ada..

Ami takder selera nak makan. nasi... jauh sekali.Memang taknak langsung.Dalam mulut ada ulser.Kering..sian..so, kEnalah buat benda lain yang lembut. Hari ni ummi buatkan adik bubur jagung..
bahan-bahannya:-
daun pandan

santan

gula merah

sagu


jagung


dan santan...


Campur semua dan biar mendidih..inilah hasilnya...
Jeli ni adik suka makan..maklumlah tekak sakit..semoga cepat sembuh adik..





































Saturday, August 16, 2008

DAH SIHAT..

Akhirnya anak-anak Ummi sihat balik....Alhamdulillah..Berkat doa Ummi..dan makan ubat selalu..barulah badan sihat..Time ni tak la fully recover..bole lah..setakat nak gelak2...dan gurau-gurau..selera makan pun dah naik balik.


Abang Long Hakim plak dah ada mood nak baca buku..


Hahah..ni la bukti Hakim dah boleh habiskan susu sebotol..kalau tak..tak boleh nak habiskan sbb sakit tekak..sian..kan..

Sambil minum susu..Sama2 tengok tv..mood ok la tuh..


BERJAYA..!!!!!






















HEROKU DEMAM..DUGAAN..

11/8/08..Kedua heroku demam panas..aduh..dugaan..nasib baik aku cuti lepas kejer malam..kalau tak..dua-dua meragam.sorang tak mau makan..sorang tersumbat hidung. Babah plak tak ada.Ummi survive sorang jaga anak.Takpe. Nasib baik aku ni misi.Boleh gak handle benda2 kecik nih. Nak makan punyerlah siksa..nasib baik diorang nih tak susah nak makan ubat..lepas makan ubat..dua2 ketiduran..sorry sayang..ummi terpaksa bagi makan PCM and Actifed.

Ni abang long Hakim..





Ni gambar adik Ami..golek punyer golek..tertido kat tepi bakul mainan.Remote kat tgn tu adik bawak lari..patut la aku cari tak jumpa. Bawak sampai ke tido..uh..uh..uh..


SEMOGA CEPAT SEMBUH SAYANG..

Saturday, August 09, 2008

BASUH KAKI..

Nak jadi seorang pendidik untuk anak2 bukanlah mudah seperti yg di sangka.Setiap apa yg kita buat dan kata mesti akan diikut oleh anak2 terutamanya kanak2 yang baru nak berkembang mindanya. Anak2 zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman aku dulu. Beruntungnya..anak2 zaman sekarang nih..

Ni aku nak cerita pasal bermulanya kisah Hakim nak basuh kaki sebelum tidur...Satu malam dia bangun dari tido dan kejut aku.Dengan keadaan terkejut dan menangis,dia kata kat aku..

"Ummi..bangun..tadi kan Akim mimpi.."

Dengan muka pisat dan benyek aku bangun nak peluk Hakim.

"Akim mimpi apa sayang..dah pukul berapa nih.."sambil peluk dia..aku usap rambut dia.

"Akim mimpi antu rambut panjang kejar Akim..pastu dia gigit kaki Akim..ni..ni..kat sini.."

Cuak gak aku dengar Hakim kata gitu.Adakah dia betul2 nampak atau hanya bermimpi..kadang2 budak kecik nih tak penah cakap bohong..Aku bukak lampu dan pandang muka Hakim..

"ha..tu la..lain kali sebelum tido kenalah basuh kaki dulu..tengok..kalau kita tak basuh kaki..nanti mesti mimpi hantu."

Dengan muka takut Hakim ajak aku gi tandas dan basuh kaki. Dan sejak peristiwa tu Hakim tak pernah lupa basuh kaki sebelum tido.Sampaikan sebelum kami masuk tido, dia yg tanya kami.."Ummi dan babah dah basuh kaki ke lum.."lepas basuh kaki baru baca doa tido.Mula2 Hakim..pastu babah..and lastly..Ummi punyer turn plak baca doa tido..

Friday, August 08, 2008

KAKI OH KAKI

Hari ni aku puasa.hah..puasa ganti sempena aku tak posa tahun lepas sbb berpantang.bukan sikit ari tapi sebulan.heheh..takper..kuatkan semangat yer Pn Eyzan..heheh.

Tapi walaupun posa .. tugas aku sbg ummi tak bley stop.Masak tetap kena masak.Lepas mandi tadi, Hakim dok telek kaki dia. Apa agaknyer soklan yang nak di tanya jap gi.Aku pun cepat2 bersiap.Ingatkan dia tak tanya tapi sempat jugak..
"Ummi..naper kaki Hakim tak panjang macam ummi..?"


Aku pun jawablah dengan muka selambanyer..

"kalau nak kaki Hakim panjang..Hakim kenalah makan sayur, ikan,daging..ayam etc..". Aku cakap gitu sebab dia memang memilih makan..susah nak bagi dia makan.

Dia pandang muka aku tanda setuju.. berkerut..

Lepas masak..masa untuk makan.Macam biasalah Hakim kena makan sendiri.Dia siap order aku sup sayur.

"Ummi..Hakim nak sayur lebih..."

Aku senyum tengok dia makan..habis sayur dimakannyer..carrot, sawi,tauhu and ayam..

pastu dia letak mangkuk ke tepi...tengok lagi kaki dia.

"Alaa... Ummi..naper kaki Hakim tak panjang macam ummi nih....kan Hakim dah makan sayur.."

Hahahaaa...rupernyer dia nak makan sayur sebab nak kaki panjang rupernyer..klakar la..

"Kalau nak cepat panjang..makanlah banyak-banyak.."

"ok Ummi..lepas ni akim nak makan sayur banyak..nanti babah balik..akim nak tunjuk kaki akim kat babah.."Sambil mengukur kaki and nak aim kaki panjang sblm babah balik..huhu..oklah sayang..

hmmm..yeess..berjaya akhirnya aku suruh Hakim makan sayur...Alahai..anakku
sayang..

Wednesday, August 06, 2008

REZEKI...RM100 SEBULAN

Tadi maser kat tempat kijer,pk gi amik pekeliling kat jabatan.Bila balik..aper lagi, aku yg jadi TL yg kener baca dulu aper-aper benda yang penting. Yer lah nak tau kot-kot ada CNE ker..aper kew,,tapi tiba-tiba terselak lak satu pekeliling..hihi..kertas waner pink..

ooo..kertas tu kata saper yg ader post basic,deg atau PHD layak dapat bayaran insentif RM100 sebulan bermula bulan semilan nih..heheh..sukernyer aku..walaupun tak la banyak mane sangat tapi berbaloi la dengan aper yg aku buat selama nih..heheh..rezeki..rezeki..tu org kata rezeki anak2..yer la..tolak yang ni..datang plak yang itu..erm..alhamdulillah..

Tapi yang tak syioknyer..walaupun ader ketiga-tiga sijil sekalipun..tetap bayaran yang samer..RM100 sebulan..huhu..klakar plak..

Wednesday, July 30, 2008

~Yahoo..~annual dinner..


Tanggal 25Julai 2008..huhu..sambutan hari jururawat..hahah..kelakar la..dah 2 bulan berlalu..baru sekarang nak raikan misi-misi sedunia..tapi takper..pasal makan..lamer tunggu tak jadi masalah...yer kew... Lepas sahkan ketibaan...amik jap gambar ngan penari arab..maklumlah..temanyer arab..

sempat lagi bergambar..burn unit society..hahah...bergambar dengan Puan Masrifah...ketua jabatan unit kritikal..cayok..cayok..senyum..seh..ni la adik-adik junior aku yang kiut miut nih..cayang korang sumer..dari kiri..siti,aku lin and ariffah..ha..saper bilang gadis melayu tak menawan...welcome to newbie..avy sablen yang baru convert islam..namer barunyer..Nur Avy Sabrina...comei..pakai tudung tuh..huhu..my little junior...nazlin..budak ni manja sket..anak mak..macam adik aku gak..ni la makanannyer yang aku sendiri pun bley masak..haha...sambil makan ader plak hiburan..tari menari..sumernyer dari kalangan misi..jgn kata misi tak pandai menari..tengok?


ni la gambar senior aku..la..senget plak..sori kak ju..dah makan..aper lagi...jom la balik..ayuh..ayuh..kita pulang..